4.25.2008

Right FooD aT RighT TimE

Sejak SPM aku berkenalan dengan perkataan ‘biologi badan’. Ia dikaitkan dengan tidur (tidur lagi.......), malam untuk tidur, pagi sampai petang untuk bekerja. Itu aku pegang sampai sekarang. Aku terjumpa kajian tentang biologi badan manusia oleh ahli biologi dan ritma badan yang mensarankan agar apa kita perlu makan pada masa yang sesuai dan kenapa...!!!...aku rasa menarik untuk korang tahu.

7-8 am Eat Breakfast
Masa yang paling sesuai setelah kita buat regangan dan yoga atau senaman ringan (cukuplah dengan meregangkan badan kalau dah bangun lambat......untuk orang kahwin, peluklah pasangan anda atau baulah ketiak mereka....he he....ada kesan tu..!!!)
10 am Have a Snack
Pada waktu ini, badan menggunakan 20% daripada glukosa di dalam otak kita, so kita digalakkan untuk makan karbohidrat kurang lemak seperti pisang untuk ’top up’ balik glukosa tu.
1 pm Eat Lunch
Paras tenaga masa ni dah semakin berkurang. Itulah pasal kalau korang tidak lunch, badan korang akan memerlukan lebih banyak tenaga (korang akan lapar nak makan KFC dan Thomas Rhomas)
2-3 pm Have a Snack
Glucose levels plummet in a post-lunch dip. Some cashew nuts, plain popcorn, or a dried or fresh fruit will get you back on track (Aku tak tahu la Melayunya….kalau tahu bagitahu ok…?)
4-6 pm Do WorkOuT
Masa ni otot-otot kita panas membara, kecergasan kita membuak-buak, so kita digalakkan untuk bersenam ringan atau berat tetapi jangan tidur petang macam Marleinawati (Bukan Nama Sebenar).
5-7 pm Eat an evening MeAL
Selepas waktu ini, kita akan dipaksa makan lebih oleh badan untuk rasa kenyang. So makanlah waktu ini, sempatlah perut korang men’digest’kan makanan tu sampai korang tidur. Kalau perut korang kuat macam InIniN (Bukan naMa SebenaR), Ok La.
7-9 pm Eat a Bedtime snacK
Jangan sesuka hati makan, even namanya snack, tetapi pilihlah yang mempunyai asid amino tryptophan yang tinggi macam pisang, cheese (light-light only) dan hirisan turkey. Ia membantu tidur lena yang nyenyak lagi tiada gangguan nyamuk.

Harap ini dapat membantu anda merancang pengambilan makanan dengan baik. Mulakan hari anda dengan secawan milo, Ho Ho Ho cergas sepanjang hari. Adious

P/S : Kalau korang perasan aku menggunakan kaedah AIDA dalam menyampaikan mesej ini. Perkataan biologi badan semestinya aku gunakan bagi menarik perhatian (ATTENTION) sebab may be ini perkara menarik untuk dikongsikan. For sure aku dah memberikan maklumat yang berguna sehingga boleh menarik perhatian korang untuk baca kan? (INTEREST), Maklumat ini pastinya bermakna (meaningful), ada sumber yang dipercayai (sebab aku cakap ini adalah kajian), kena dengan peribadi korang (Personal Relevance) sebab aku sengaja selitkan perkataan KFC (Ini syarikat Aji), Thomas Rhomas (Fiza Minang teringin nak makan pagi tadi), Marlienawati (ini Marleena la sebenarnya) kerana korang baca mesej aku mesti korang macam terkena batang hidung sendiri kan...? dan semua mesej ini adalah unggul (Distinctive) kerana aku rasa mesej ini adalah mesej yang cukup mudah, senang dilakukan, menyeronokkan sebab ada penyebab yang signifikan sesuatu perkara perlu dilakukan pada masa yang sesuai. So ia merangkumi (DESIRE) kerana mesej aku menawarkan penyelesaian masalah yang mungkin korang alami sebelum ini dan merasakan ”ooo patutpun”. Aplikasi terakhir (ACTION) that require immediate action korang bolehlah fikir sendiri...

Nasi Ayam sedap, Nasi ayam Hainan
Di desertkan pula dengan jambu batu
Jenaka TerseliT hanya Permainan
Niat di hati hanya membantu

3 comments:

HEO17 said...

Warna juga menarik dan senang nak ingat...!

Anonymous said...

sesukati tukar nama kedaikan!!!

PeZaL H.E.O said...

kalau sebut bunyinya sama kan?