Kita sememangnya adakalanya sukar nak melelapkan mata, kekadang pedih, tidak mengantuk, etc. Ada yang sanggup berbelanja beratus-ratus RM untuk membeli bantal yang menyokong leher kononnya untuk mendapat tidur yang nyenyak. Aku hanya ingin berkongsi rahsia untuk korang bagaimana untuk mendapat tidur yang perfect dan indah.
1. Nyalakan lilin aromaterapi yang mempunyai bau selain daripada bau yang ada di kereta 'Mariam Disaster' setengah jam sebelum hendak tidur.
2. Mainkan lagu berentak perlahan (ikut penerimaan masing-masingla...) pada waktu kita nyalakan lilin aromaterapi itu.
3. Kemaskan katil anda, selesakan badan anda, baring dan pandang ke atas sambil ciumlah bau yang terhasil sambil memejam mata.
4. Itu satu, korang juga perlu make sure 'No Junk Food' around R bed kerana ada orang-orangan seperti Inun (Bukan nama sebenar) allergik dengan 'junk food'-tak boleh jumpa mesti bedal.
5. Make sure korang dah mempackUp semua kelengkapan yang nak digunakan atau nak dibawa ke kelas di dalam beg.
6. Tetapkan waktu yang sememangnya korang akan tidur, habis tak habis kerja korang perlu tidur.
7. Pastikan korang tidak tidur petang (Just a short nap enough), bergerak busy sepanjang hari, belajar, joging, etc....akhirnya korang akan mendapat tidur yang lena pada malamnya.
8. Sayangilah katil anda, kerana kasih sayang anda akan terbalas. Katil jangan berbau, semak dan menyakitkan mata memandang, it's ok kalau masam jika masam itu boleh membuai anda, 15 min sebelum tidur main-mainlah di atas katil anda dan bayangkan malam ini anda akan dikelilingi oleh 'pria ganteng' kepada girl dan 'cowok manis' kepada lelaki.
9. Akhir sekali ingatlah Malam dicipta untuk hambaNya bertafakur dan berdengkur. Jangan isi malam dengan kegiatan yang sia-sia (Study Ok).
10. Baca Bismillah dan Al Fatihah nescaya tidur korang akan dijaga sehingga esok, bangun jangan lupa ucap Alhamdulillah.
Ok setakat inilah pandangan daripada aku yang tiada ijazah dalam seni tidur dan lelap, namun pemerhatian yang sedikit dikongsi bersama-sama korang. Tidur itu penting, sama penting mempunyai make up yang bebas daripada haiwan. Harap korang tidur nyenyak dan tak ponteng kelas kerana tak cukup atau terlebih tidur....Korang Think La Sendiri...Adious.
0 comments:
Post a Comment