Orang kata Jika berpuasa sunat Isnin dan Khamis boleh menguruskan badan. Itu kata orang bukan aku...!!! actually puasa sunat ni pada isnin dan khamis ni bagus pada si pengamalnya. Ini kerana pada hari inilah malaikat penjaga kita akan naik ke 'atas' pada petang hari untuk bertemu Maha Pencipta iaitu Allah S.W.T bagi melaporkan aktivti kita baik dan buruk. Jika kita berpuasa mesti seronok kalau malaikat berkata "Hambamu si polan sedang berpuasa semasa aku datang menemuiMu Ya Allah" tetapi elakkanla malaikat berkata bagi diri kita "Hambamu si polan sedang tidur Ya Allah dan masih tidak sembahyang zuhur dan tidak tahu pula Asarnya Ya Allah". Jadi benda yang elok masukkanlah dalam azam hidup kita, yang wajib jangan tinggalkan. Renung-renungkanlah. 
Petikan tazkirah pagi Radio Malaysia Kuala Lumpur
0 comments:
Post a Comment