4.30.2008

Hari Kesihatan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2008

Majlis Pelancaran Hari Kesihatan Sedunia 2008 Peringkat Kebangsaan akan berlangsung pada:
Tarikh : 3 MEI 2008
Jam : 7 PAGI - 7 PETANG
Tempat : DEWAN 2020 KANGAR
Bersama KARNIVAL KESIHATAN PERLIS 2008
Bersempena dengan Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis.SEMUA DIJEMPUT HADIR...

Sumber dari :PUAN HASMUNY(UNIT PROMOSI KESIHATAN)2 APRIL 2008

* exam la pulak time ni.
* tarikh ni jugak bertembung dgn Karnival Jom Heboh kat Kangar pada 3 & 4 Mei. apala nasib karnival kesihatan ni ye???

Ermmm ??




Lunch Time

"Jom Makan Mee Wantan?""..ujar Mariam. Jadi tanpa berlengah lagi satu inisiatif telah diambil untuk beramai-ramai pergi makan kat Amcorp Mall.

4.28.2008

Facts of LifE


"Women are like the Police. They can have all the evidence in the world, BUT they still want the confession."

Indahnya Puasa SunaT

Orang kata Jika berpuasa sunat Isnin dan Khamis boleh menguruskan badan. Itu kata orang bukan aku...!!! actually puasa sunat ni pada isnin dan khamis ni bagus pada si pengamalnya. Ini kerana pada hari inilah malaikat penjaga kita akan naik ke 'atas' pada petang hari untuk bertemu Maha Pencipta iaitu Allah S.W.T bagi melaporkan aktivti kita baik dan buruk. Jika kita berpuasa mesti seronok kalau malaikat berkata "Hambamu si polan sedang berpuasa semasa aku datang menemuiMu Ya Allah" tetapi elakkanla malaikat berkata bagi diri kita "Hambamu si polan sedang tidur Ya Allah dan masih tidak sembahyang zuhur dan tidak tahu pula Asarnya Ya Allah". Jadi benda yang elok masukkanlah dalam azam hidup kita, yang wajib jangan tinggalkan. Renung-renungkanlah.
Petikan tazkirah pagi Radio Malaysia Kuala Lumpur

4.25.2008

Right FooD aT RighT TimE

Sejak SPM aku berkenalan dengan perkataan ‘biologi badan’. Ia dikaitkan dengan tidur (tidur lagi.......), malam untuk tidur, pagi sampai petang untuk bekerja. Itu aku pegang sampai sekarang. Aku terjumpa kajian tentang biologi badan manusia oleh ahli biologi dan ritma badan yang mensarankan agar apa kita perlu makan pada masa yang sesuai dan kenapa...!!!...aku rasa menarik untuk korang tahu.

7-8 am Eat Breakfast
Masa yang paling sesuai setelah kita buat regangan dan yoga atau senaman ringan (cukuplah dengan meregangkan badan kalau dah bangun lambat......untuk orang kahwin, peluklah pasangan anda atau baulah ketiak mereka....he he....ada kesan tu..!!!)
10 am Have a Snack
Pada waktu ini, badan menggunakan 20% daripada glukosa di dalam otak kita, so kita digalakkan untuk makan karbohidrat kurang lemak seperti pisang untuk ’top up’ balik glukosa tu.
1 pm Eat Lunch
Paras tenaga masa ni dah semakin berkurang. Itulah pasal kalau korang tidak lunch, badan korang akan memerlukan lebih banyak tenaga (korang akan lapar nak makan KFC dan Thomas Rhomas)
2-3 pm Have a Snack
Glucose levels plummet in a post-lunch dip. Some cashew nuts, plain popcorn, or a dried or fresh fruit will get you back on track (Aku tak tahu la Melayunya….kalau tahu bagitahu ok…?)
4-6 pm Do WorkOuT
Masa ni otot-otot kita panas membara, kecergasan kita membuak-buak, so kita digalakkan untuk bersenam ringan atau berat tetapi jangan tidur petang macam Marleinawati (Bukan Nama Sebenar).
5-7 pm Eat an evening MeAL
Selepas waktu ini, kita akan dipaksa makan lebih oleh badan untuk rasa kenyang. So makanlah waktu ini, sempatlah perut korang men’digest’kan makanan tu sampai korang tidur. Kalau perut korang kuat macam InIniN (Bukan naMa SebenaR), Ok La.
7-9 pm Eat a Bedtime snacK
Jangan sesuka hati makan, even namanya snack, tetapi pilihlah yang mempunyai asid amino tryptophan yang tinggi macam pisang, cheese (light-light only) dan hirisan turkey. Ia membantu tidur lena yang nyenyak lagi tiada gangguan nyamuk.

Harap ini dapat membantu anda merancang pengambilan makanan dengan baik. Mulakan hari anda dengan secawan milo, Ho Ho Ho cergas sepanjang hari. Adious

P/S : Kalau korang perasan aku menggunakan kaedah AIDA dalam menyampaikan mesej ini. Perkataan biologi badan semestinya aku gunakan bagi menarik perhatian (ATTENTION) sebab may be ini perkara menarik untuk dikongsikan. For sure aku dah memberikan maklumat yang berguna sehingga boleh menarik perhatian korang untuk baca kan? (INTEREST), Maklumat ini pastinya bermakna (meaningful), ada sumber yang dipercayai (sebab aku cakap ini adalah kajian), kena dengan peribadi korang (Personal Relevance) sebab aku sengaja selitkan perkataan KFC (Ini syarikat Aji), Thomas Rhomas (Fiza Minang teringin nak makan pagi tadi), Marlienawati (ini Marleena la sebenarnya) kerana korang baca mesej aku mesti korang macam terkena batang hidung sendiri kan...? dan semua mesej ini adalah unggul (Distinctive) kerana aku rasa mesej ini adalah mesej yang cukup mudah, senang dilakukan, menyeronokkan sebab ada penyebab yang signifikan sesuatu perkara perlu dilakukan pada masa yang sesuai. So ia merangkumi (DESIRE) kerana mesej aku menawarkan penyelesaian masalah yang mungkin korang alami sebelum ini dan merasakan ”ooo patutpun”. Aplikasi terakhir (ACTION) that require immediate action korang bolehlah fikir sendiri...

Nasi Ayam sedap, Nasi ayam Hainan
Di desertkan pula dengan jambu batu
Jenaka TerseliT hanya Permainan
Niat di hati hanya membantu

4.23.2008

assignment sem 2..buat jgn tak buat..

List of assignment

Patient education
1. Project at hospital (Seremban, Selayang, Serdang & Kajang) - By group (Pn Zawaha)
2. 20 intervention of disease (give your comment & application in Malaysia for every each
journal). - Individual (Mr Thavaraj)

Management
1. Successful company in Malaysia - Individual (Mr Thavaraj)
2. Leadership - Individual (Dr. Sulaiman)
3. Book Summarize (management book) - Individual (Mr Thavaraj)
4. Find the one of management theory & apply in your workplace
- Individual (Mr Thavaraj)

Health education strategy (Pn Zaikiah)
1. Read the theory that Pn Zaikiah gave & apply it in health education
intervention - Individual.
2. Games : write in full report - By group
3. Community project (power point presentation) - By group
4. Self monitored behaviour (power point presentation) - By group

Media (Pn Zawaha)
1. Brosure (based on disease that u did last semester) - Individual

*hai kawan2...ni sume senarai assignment kite sem ni..harap sume dapat siapkan on time untuk markah kite sem ni..klu ade ape2 masalah,tanya aku ek.harap kite dapat wat yang terbaik..gud luck for exam. Do the best and always tawakal setiap apa yang kite lakukan..ikhlas + jujur =kejayaan..tu la resepi kejayaan...*

4.21.2008

Lagi..Lagi..Tidur...!!

Kita sememangnya adakalanya sukar nak melelapkan mata, kekadang pedih, tidak mengantuk, etc. Ada yang sanggup berbelanja beratus-ratus RM untuk membeli bantal yang menyokong leher kononnya untuk mendapat tidur yang nyenyak. Aku hanya ingin berkongsi rahsia untuk korang bagaimana untuk mendapat tidur yang perfect dan indah.


1. Nyalakan lilin aromaterapi yang mempunyai bau selain daripada bau yang ada di kereta 'Mariam Disaster' setengah jam sebelum hendak tidur.


2. Mainkan lagu berentak perlahan (ikut penerimaan masing-masingla...) pada waktu kita nyalakan lilin aromaterapi itu.


3. Kemaskan katil anda, selesakan badan anda, baring dan pandang ke atas sambil ciumlah bau yang terhasil sambil memejam mata.


4. Itu satu, korang juga perlu make sure 'No Junk Food' around R bed kerana ada orang-orangan seperti Inun (Bukan nama sebenar) allergik dengan 'junk food'-tak boleh jumpa mesti bedal.


5. Make sure korang dah mempackUp semua kelengkapan yang nak digunakan atau nak dibawa ke kelas di dalam beg.


6. Tetapkan waktu yang sememangnya korang akan tidur, habis tak habis kerja korang perlu tidur.


7. Pastikan korang tidak tidur petang (Just a short nap enough), bergerak busy sepanjang hari, belajar, joging, etc....akhirnya korang akan mendapat tidur yang lena pada malamnya.


8. Sayangilah katil anda, kerana kasih sayang anda akan terbalas. Katil jangan berbau, semak dan menyakitkan mata memandang, it's ok kalau masam jika masam itu boleh membuai anda, 15 min sebelum tidur main-mainlah di atas katil anda dan bayangkan malam ini anda akan dikelilingi oleh 'pria ganteng' kepada girl dan 'cowok manis' kepada lelaki.


9. Akhir sekali ingatlah Malam dicipta untuk hambaNya bertafakur dan berdengkur. Jangan isi malam dengan kegiatan yang sia-sia (Study Ok).


10. Baca Bismillah dan Al Fatihah nescaya tidur korang akan dijaga sehingga esok, bangun jangan lupa ucap Alhamdulillah.


Ok setakat inilah pandangan daripada aku yang tiada ijazah dalam seni tidur dan lelap, namun pemerhatian yang sedikit dikongsi bersama-sama korang. Tidur itu penting, sama penting mempunyai make up yang bebas daripada haiwan. Harap korang tidur nyenyak dan tak ponteng kelas kerana tak cukup atau terlebih tidur....Korang Think La Sendiri...Adious.

suratan atau kebetulan

hari berganti hari, bulan berganti bulan...tanpa disedari nak berakhir semester 2..mcm2 kenangan yang ade kat IPTK..sedih, suka, tawa, ejek-mengejek dah menjadi trade mark batch ni...tapi itu semua kenangan yang membina sebuah persahabatan..kite tak pernah terpikir akan terjumpa orang cam pezal yg lantang berhujah (walaupun faktanya tu mmg tak boleh pakai sama skali), cik yam (english expert yang disaster), haji (yang mude sokmo), marlena yang comel, pak arab n mak iran (yang tak ajak pun dtg ke Malaysia) dan sume kwn2 di IPTK ni..sumenye suratan dan kebetulan kan..itu dah tertulis dalam lipatan hidup kite sume.

namun suratan dan kebetulan juga memisahkan kite..walaupun jumpe sekejap cuma, namun erti persahabatan yang terjalin di harap kekal selamanya..susah nak jumpe kwn2 yang kita ade skrg.. jadi, hargailah mereka sementara kita masih bersama..jadi, sempena final exam yang bakal menjelma, aku arap kwn2 dpt buat sehabis baik..klu leh, biar la org lain jadi best student lak...gud luckkkk...anyway, thanks kepada kz n family,sepul, pezal, aji, abg majid, marlena, froline, azam, yam n kak dayang sbb sudi dtg ke rumah aku...thanks a lot...best tak aku masakkk?wat pengetahuan korang lauk tu adelh percubaan aku wat pertama kali..heheh..walaupun tak berapa sedap, aku arap korang enjoy..tatatata....

4.18.2008

Pengumuman Penting - Konvoi ke Rumah Laili Esok

Bertolak dari IPTK pukul 11.30 am. Di minta berjumpa di R&R Nilai untuk berkonvoi bersama-sama dengan kumpulan dari tempat lain. Patuhi had laju. Pandu secara sihat.Ingatlah orang yang tersayang.

Jadual Peperiksaan Akhir UKM-KKM

Berikut jadual peperiksaan akhir untuk semester 2 2007/2008

1. 2/5/08 NH 6033 -MEDIA PENDIDIKAN
2. 5/5/08 NH 6413 - KAEDAH PENYELIDIKAN SOSIAL & STATISTIK
3. 6/5/08 NH 6043 - PENGURUSAN KESIHATAN
4. 7/5/08 NH 6223 - STRATEGI PENDIDIKAN KESIHATAN
5. 8/5/08 NH 6023 - PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM PENJAGAAN KESIHATAN
6. 9/5/08 NH 6063 - LATIHAN DAN PENINGKATAN PENGETAHUAN TENAGA KERJA

masa peperiksaan - 9.00am-12.00pm.
TEMPAT - BILIK KULIAH IPTK

GOOD LUCK FOR FINAL EXAM.....TARGET 4 FLET

4.17.2008

Our Song Collections

More Penang Pics





Happy Belated Birthday...!!!


Birthday man untuk bulan April ialahhhhh..... Abg Majiddddd...!!
Hepi birtday to u....
Hepi birtday to u...
hepi birthday to abg majiddd....
hepi birthday to uuuuuuu....
yeyyyy!!!!
by Marlena PKB Limbang

Para-Para Bola Sakura®

Game: Para-Para Bola Sakura®

Player: 6 – 7 persons
Material: 1 – Sakura Ball®, Q-Card® (a set of card consist of questions)
Game Instruction:
1. All players hold hand together and make a big circle.
2. Choose one player to start the game.
3. The 1st player will be given a ‘Sakura Ball’.
4. The 1st player needs to choose and throw the ball to the next player (2nd player). He or She may pick the next player randomly according to his/her preferable.

5. The 2nd player needs to catch the ball and pick a Q-Card – READ & ANSWER the question. IF the player miss to catch the ball, he/she needs to pick 2 Q-Card and answer both questions CORRECTLY.
*IF the 2nd player manages to answer the question(s) correctly, the 2nd player may throw the ball to the next player which he/she preferred;
**IF the 2nd player cannot answer or give a wrong answer, the 1st player need to punish the 2nd player by giving some task to be perform e.g Ask 2nd player to sing a lullaby song OR perform traditional dance etc. (1 punishment for each Q-Card answered wrongly).

After completing the punishment task(s), the 2nd player may throw the ‘Sakura ball’ to other player that he/she preferred.

6. Repeat the game process until no Q-Card left behind.

Copyrights©
Creator of è game: Sìfu HJ™, Tún Fizah™, Master KZ™, Dáng Fiza™, Guru KC™, Wán Iznan™ & Al Sállah™

"GAMES " HEALTH EDUCATION STRATEGIES

Hari ini nampaknya sume group begitu excited menyediakan rancangan permainan untuk tugasan hari ini. Tugasan hari ini ialah untuk menyediakan satu permainan yang berteraskan kesihatan. ianya bukan hanya untuk berseronok sahaja, tapi ianya berkaitan dengan kesihatan secara tidak langsung dimana peserta-peserta akan dapat input berguna mengenai kesihatan secara tak langsung.

Permainan ini penting dalam strategi pendidikan kesihatan untuk menarik audien untuk lebih memahami mesej kesihatan yang ingin di sampaikan oleh Pegawai Promosi Kesihatan.

4.16.2008

Jemputan ke rumah Laily comel....hehe

salam...
Khas buat rakan-rakanku HEO batch 17..dijemput datang beramai2 ke rumah aku pada sabtu (19/4/2008) pada pukul 12:30 tengahari..macam-macam ada..klu nak rasa aku masak, meh la dtg seremban..ni alamat aku: 238B, jln mahsuri, rumah rakyat pancur, 70400 seremban, negeri sembilan...dtg ye...jangan lupa..nnt aku bg peta bg memudahkan perjalanan anda..sekian terima kasih..

4.14.2008

Ada Sikit Cerita Nak Story...!!!

Cantik sungguh mempelai minang.....(Fiza)
Berkongsi kasih dengan Abang Lan
HEO 17 memang gemilang
melewati sempadan institusi kesihatan

Persatuan hebat Dikenali Maheo
Diisi oleh si Perawan manja....(LailY)
HEO 17 HEO stylo (Ada style la.....)
Prianya Hebat, Srikandinya bergaya

Ulam-ulaman sihat di kunyah
Badan sihat, Otak cerdas, wajah menawan...(Macam Inin)
Bulan 8, bulan penyudah
Bujang Tamat sudah En. Majid Khan...(Jangan x jemput)

Rumah Marleena semak penuh sawang
Baju berlonggok tak reti nak basuh....(ish ish ish)
Ada Berita gembira dari Klang
Fiza kawan kita 'muntah-muntah' sudah...:) tahniah

Nukilan Malas Faizal at 9.17 pm

The Guru's Last Moment With us....


Thank You Guru........... by Sepul.......

Baju....nak wat camner yer

salam hormat....mai la sapa2 nak suggest design baju t-shirt kita wei....dialu-alukan...

welcome

selamat datang ke laman web heo kumpulan 17 2007....welcome...have a fun