1.18.2010

Putrajaya Walk For Ur Heart

Pakej Program Berjalan 10,000 Langkah diteruskan dengan mengadakan Putrajaya Walk For Your Heart pada 16 Januari 2010 yang lalu di Pusat Kejiranan Presint 9. Program anjuran Bhg. Pendidikan Kesihatan ini diadakan dengan kerjasama Bhg. Kawalan Penyakit, Perbadanan Putrajaya dan Hospital Putrajaya. Ia dirancang untuk diadakan sekali sebulan di pelbagai lokasi di sekitar Putrajaya. Berkemungkinan pada 2 atau siri program ini pada bulan seterusnya akan masih menggunakan tenaga daripada Bhg. Pendidikan Kesihatan dan diharapkan komuniti di Putrajaya dapat meneruskan program ini di masa akan datang.










Di sepanjang laluan turut disediakan mesej-mesej bagi menggalakkan masyarakat terus bermotivasi untuk menjadikan berjalan kaki sebagai amalan harian mereka yang menyihatkan.


Berkemungkinan juga suatu hari nanti mesej-mesej ini akan dijadikan sebagai satu struktur kekal di beberapa lokasi di Putrajaya. Setelah program ini dapat dikekalkan dan di "maintain" secara konsisten di Putrajaya, ia akan diperluaskan di setiap negeri.

0 comments: